suria

Kerap berkongsi kemesraan di laman sosial, Cita Citata akui Indra Bruggman miliki ciri-ciri lelaki idamannya

Cita Citata akui sedang mengenali lebih rapat dengan Indra.

PENYANYI dangdut dan pelakon Indonesia terkenal, Cita Citata dikhabarkan mempunyai hubungan cinta dengan aktor Indra Bruggman selepas dilihat kerap mempamerkan kemesraan di laman sosial.

Memetik laporan Liputan6, Cita Citata menegaskan hubungan mereka masih belum memasuki fasa percintaan namun mengakui sedang mengenali lebih dekat satu sama lain.

Malah, penyanyi berusia 27 tahun ini juga memberitahu Indra atau lebih mesra disapa sebagai Aa seorang yang baik hati dan memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami belum bercinta lagi... tapi masih rapat la. Bukan sahaja di mata saya tapi di mata rakan-rakannya juga, Aa seorang yang baik hati.

"Yang pasti, ada niat yang baik. Aa pun adalah lelaki idaman saya," kata Cita Citata.

Pada awal Julai tahun lalu, Cita Citata mendedahkan hubungan cinta dengan kekasih berasal dari Belanda, Roy Geurts putus di tengah jalan selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan tersebut juga sepatutnya melangsungkan pernikahan pada tahun lalu bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain