suria

Gara-gara tablet hempap muka, bekas kekasih Aaron Kwok masuk hospital semasa sedang kuarantin

Christine yang sedang kuarantin di hotel dimasukkan ke hospital kerana kecederaan pada wajah.

GARA-GARA insiden kecil yang tidak diduga, pelakon terkenal Hong Kong, Christine Kuo dikejarkan ke hospital, baru-baru ini.

Menurut laporan Today Online, bekas kekasih kepada aktor Aaron Kwok ini perlu mendapatkan rawatan kecemasan di hospital selepas wajahnya tertimpa tablet yang sedang digunakan.

Dalam temubual itu, Christine berkata matanya mengalami kecederaan dan berlaku pendarahan akibat insiden berkenaan.

"Semasa itu saya sedang baring di katil dan main iPad, tiba-tiba rasa mengantuk dan tablet itu jatuh di muka hingga menyebabkan bahagian hujung mata berdarah.

"Saya terus dikejarkan ke hospital... mujurlah doktor kata itu hanya luka ringan sahaja," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, suaminya William Lok memberitahu Christine seorang yang mudah mengantuk kerana memiliki masalah kesihatan.

Bahkan sebelum ini, Christine pernah mengalami sesak nafas semasa bersenam di rumah.

Dalam pada itu, berita mengenai kemalangan ini menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial.

Tambahan pula, Christine baru sahaja kembali dari Kanada selepas menziarahi keluarganya dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Christine mengunjungi keluarga di luar negara ketika pandemik Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain