suria

Atta Halilintar jalani kuarantin, Aurel Hermansyah takut tidur seorang

Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu.

SELEPAS disahkan positif Covid-19 buat kali kedua, YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Atta, 27, terpaksa berpisah sementara dengan isterinya, Aurel Hermansyah, 23, yang berada di tingkat bawah kediaman manakala Atta menjalani kuarantin di aras atas rumah mereka.

Selain menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk berkomunikasi, Atta dan Aurel juga saling berborak melalui beranda bilik yang didiami Atta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, Atta sempat berseloroh bertanyakan kepada isterinya adakah dia takut tidur bersendirian tanpa sang suami di sisi seperti yang dikongsikan di laman YouTube miliknya.

"Takut tak tidur seorang di bawah itu?" tanya Atta.

"Sudah tentu saya takut, semalam rasa macam katil digoyang-goyang oleh seseorang," balas Aurel dalam nada gurauan.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain