JIKA diperhatikan kebanyakan pasangan popular Hollywood jarang-jarang sekali dapat bertahan lama mungkin disebabkan faktor-faktor persekitaran yang menganggu gugat hubungan tersebut. Antaranya seperti tekanan kerja, tiada keserasian serta campur tangan paparazi yang gemar mengekori ke mana sahaja mereka pergi. Namun begitu, terdapat juga beberapa pasangan terkenal Hollywood yang sehingga kini hubungan cinta mereka masih lagi utuh dan bertahan sehingga ke hari ini. Di sini, mStar senaraikan top 5 power couple Hollywood yang menjadi pilihan kami! 1. Justin Bieber dan Hailey Baldwin Penyanyi Justin Bieber, 27, sememangnya sangat menghargai kehadiran isterinya malah hampir kebanyakan posting di laman Instagramnya banyak memuji kecantikan serta kebaikan yang dimiliki oleh Hailey Baldwin, 25. Pasangan ini berkahwin pada September 2018 menerusi satu majlis tertutup. "Awak adalah cinta hati saya Hailey Baldwin dan saya mahu menghabiskan seumur hidup saya bersama awak," tulisnya menerusi kapsyen salah satu gambar yang dikongsikannya. Joe Jonas dan Sophie Turner. 2. Joe Jonas dan Sophie Turner Pasangan suami isteri ini baharu menimang cahaya mata perempuan, Willa Jonas pada Julai tahun lalu. Joe, 32, yang juga merupakan ahli kumpulan Jonas Brothers mendirikan rumah tangga dengan pelakon siri Game of Thrones itu pada 2 Mei 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Joe dan Sophie, 25, dikenali sebagai pasangan gila-gila malah aksi lucu mereka itu juga boleh dilihat menerusi muzik video What A Man Gotta Do nyanyian Jonas Brothers. Katy Perry dan Orlando Bloom. 3. Orlando Bloom dan Katy Perry Pelakon Orlando Bloom melamar penyanyi Katy Perry, 37, untuk menjadi tunangannya pada Hari Valentine dua tahun lalu. Pasangan romantis ini juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada Ogos tahun lalu. Orlando, 44, dan Katy masing-masing sebelum ini pernah melalui episod kegagalan rumah tangga di mana Orlando berpisah dengan bekas isteri, supermodel Miranda Kerr manakala Katy bercerai dengan bekas suami, pelakon dan pelawak, Russell Brand. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Priyanka Chopra dan Nick Jonas. 4. Nick Jonas dan Priyanka Chopra Walaupun mempunyai jurang usia yang agak jauh namun hal itu tidak menjadi penghalang buat pasangan popular ini. Rumah tangga yang dibina Priyanka, 39, dan Nick, 29, pada 1 Disember 2019 masih kekal utuh sehingga kini biarpun kedua-duanya berbeza adat dan budaya. Nick juga pernah menyatakan dia suka dengan budaya masyarakat India yang sentiasa meriah dalam meraikan sambutan hari Deepavali dan teruja dengan keramahan penduduk di sana. Zayn Malik dan Gigi Hadid 5. Zayn Malik dan Gigi Hadid Zayn Malik, 28, dan Gigi Hadid, 26, menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khai Hadid Malik pada September tahun lalu. Pasangan ini merupakan antara power couple yang sentiasa menjadi perhatian anak muda masa kini. Sehingga ke hari ini, Gigi dan Zayn masih lagi kekal berahsia dan enggan menayangkan wajah Khai kepada umum. Seperti Justin Bieber, Zayn juga sering melontarkan kata-kata pujian dan romantik buat Gigi yang sentiasa berada di sisinya sejak mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2015. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!