suria

Nissa Sabyan dan Ayus dikhabarkan bakal bernikah dalam masa terdekat tapi...

Genap dua bulan bercerai, Ayus didakwa bakal bernikah dengan Nissa.

KHABAR angin semakin bertiup kencang mendakwa penyanyi kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan bakal mendirikan rumah tangga dengan rakan sekumpulannya, Ayus dalam masa terdekat.

Pernikahan kedua-dua selebriti itu dikatakan akan berlangsung di Masjlis Agama Jakarta Utara selepas genap dua bulan Ayus menceraikan isterinya, Ririe Fairus.

Bagaimanapun, Ketua Pejabat Agama (Urusan Nikah), Daerah Pondok Gede, Ahmad Fauzi berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonon borang nikah daripada Nissa dan Ayus.

"Memang sudah banyak gosip yang kami dengar mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, pihak kami masih belum menerima sebarang pendaftaran nikah atas nama Nissa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Itu sahaja yang saya tahu buat setakat ini dan jika ada informasi lebih lanjut, saya akan beritahu nanti," katanya.

Ahmad turut menjelaskan, pendaftaran pernikahan harus dilakukan 10 hari menjelang hari pernikahan dan setakat ini nama Nissa tiada dalam sistem rekod mereka.

Nissa sebelum ini didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Ayus dengan bekas isterinya.

Ayus dan Ririe sah bercerai pada Mac lalu dan hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua cahaya mata. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain