suria

Ariana Grande bergelar isteri, kahwin dalam majlis tertutup

Ariana Grande bergelar isteri kepada agen hartanah. Foto: Jon Kopaloff

PENYANYI Ariana Grande kini bergelar isteri kepada tunangannya, agen hartanah, Dalton Gomez pada Isnin.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan penyanyi tersebut kepada People.com.

"Mereka sudah berkahwin. Majlis itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri kurang daripada 20 tetamu.

"Keluarga kedua-dua belah pihak sangat gembira dengan penyatuan pasangan ini," kata wakil tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman mewah Ariana, 28, yang terletak di Montecito, California.

Penyanyi lagu Thank U, Next itu mengumumkan pertunangannya pada Disember lalu dengan berkongsikan cincin tunang di laman Instagramnya.

Ariana dan Dalton, 26, mula menjalinkan hubungan pada Januari tahun lalu dan sejak itu mereka sering menghabiskan masa sepanjang menjalani tempoh berkurung disebabkan penularan pandemik Covid-19 di negara Uncle Sam itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain