PASANGAN selebriti Atta Halilintar berkongsi berita duka apabila isterinya Aurel Hermansyah mengalami keguguran pada Selasa. Atta memaklumkan perkara itu menerusi Instagram dengan memuat naik foto USG janin yang dikandung isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah bunting pelamin, Atta Halilintar kongsi berita bakal jadi bapa selepas sebulan nikah Youtuber terkenal itu turut meluahkan rasa sedih dengan kejadian tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sebelum itu, Aurel sempat berkongsi saat dia mendapatkan rawatan sambil ditemani ibunya Krisdayanti. Malah, dilaporkan, Aurel mengalami pendarahan hingga dinasihatkan untuk ‘bedrest’. Doktor juga memberitahu kandungan Aurel mengalami masalah. Anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April lalu dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!