YOUTUBER terkenal Indonesia Atta Halilintar dan istrinya, Aurel Hermansyah, buat pertama kali berjumpa doktor pakar sakit puan selepas mengalami keguguran pada Mei lalu. Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik dilaman Youtube miliknya, pasangan itu dilihat berjumpa doktor bagi memeriksa kesihatan dan rahim Aurel Hermansyah pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Aurel terbuka hati berhijab, Atta Halilintar tukar panggilan isteri kepada ‘Mama Nur’ YouTuber berusia 26 tahun itu meminta peminat dan masyarakat untuk mendoakan Aurel Hermansyah agar hasil pemeriksaan rahimnya berjalan lancar. Ujar Atta, selepas isterinya keguguran mereka belum sempat berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. "Selepas keguguran sebelum ni kami tidak berpeluang lagi untuk berjumpa doktor," ujar Aurel. Perkongsian Atta di laman Youtube miliknya berjumpa doktor sakit puan. "Hari ini kami mahu ke doktor kandungan selepas membuat temu janji, doakan semoga istri saya sihat, semuanya sihat," "Doktor cakap, Aurel masih muda, kesihatan rahimnya masih kuat. Kemungkinan besar untuk Aurel hamil adalah tinggi," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Atta dan Aurel menzahirkan rasa syukur diberikan kesihatan yang baik dan risiko ketika hamil juga dimaklumkan adalah rendah. Sebelum ini, Aurel mengumumkan hamil selepas sebulan berkahwin, namun berita gembira itu tidak lama apabila dia mengalami keguguran pada 6 Mei lalu. Pasangan ini berkahwin pada 3 April lalu di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!