suria

Lama sorok hubungan cinta, akhirnya Harry Styles dan Olivia Wilde berani tayang kemesraan di tempat awam

Harry dan Olivia kelihatan makan bersama di London.

SELEPAS beberapa bulan memastikan hubungan cinta tanpa pengetahuan umum, akhirnya pasangan selebriti Harry Styles dan Olivia Wilde dilihat meluangkan masa bersama di sebuah restoran di London.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber memberitahu dia melihat kemesraan Harry memegang tangan Olivia ketika keluar daripada restoran tersebut.

"Mereka sangat sesuai bersama. Mereka berdua dalam keadaan gembira dan meninggalkan restoran itu dengan berpegangan tangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Malah, Harry juga ada meletakkan tangannya di bahu Olivia sepanjang perjalanan pulang ke rumah Olivia," kata sumber.

Sekitar awal Januari lalu, foto penyanyi Harry Styles sedang berpegangan tangan dengan pengarah filem Dont Worry Darling iaitu Olivia Wilde ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan menjadi perhatian umum.



Harry dan Olivia hangat bercinta.

Kemesraan Harry dengan Olivia juga tidak berakhir di situ malah pasangan itu dilihat di kediaman penyanyi berusia 26 tahun itu di Los Angeles pada keesokkan harinya.

Hubungan cinta pasangan itu mula menjadi perbualan hangat dua minggu selepas Olivia mendedahkan secara umum mengenai perpisahannya dengan tunang iaitu Jason Sudeikis.

Olivia dan Jason sudah mengikat tali pertunangan selama tujuh tahun dan mempunyai dua orang anak bersama iaitu Otis Sudeikis, 6, dan Daisy Sudeikis yang kini berusia empat tahun.

Aktres berusia 36 tahun itu dikatakan berpisah dengan Jason sekitar awal tahun lalu namun masih menjalinkan hubungan baik dalam menjaga anak-anak mereka.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain