suria

[VIDEO] Gara-gara nak selamatkan topi... Nia Ramadhani jatuh basikal hingga lebam kaki - “Saya macam badut sarkas tahu tak?”

Nia Ramadhani tertonggeng apabila basikal dikayuh hilang kawalan.

PELAKON Nia Ramadhani mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas terjatuh basikal ketika sedang bersiar-siar di Magelang, Indonesia.

Insiden itu berlaku semasa Nia bersama dua individu lain sedang mengayuh basikal semasa rakaman program Nyonya Boss, baru-baru ini.

"Basikal pemandu pelancong ada di depan, kemudian basikal saya dan di belakang adalah Kak Gita... tiba-tiba saya tak boleh kawal basikal kerana topi mahu tercabut.

"Saya terus pegang topi kerana mahu terbang ditiup angin. Saya macam badut sarkas tau tak? Apa lagi, terus jatuhlah!" katanya.

Rakaman video memalukan itu telah dimuat naik di akaun YouTube Trans TV Official, baru-baru ini.

Mujur jalan raya lengang dan sunyi.

Video memperlihatkan pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini tersungkur di atas jalan tar itu dirakam kamera keselamatan sebuah kenderaan yang mengekori dari belakang.

Nia bagaimanapun bersyukur kerana semasa kejadian jalan raya lengang dan sunyi tanpa kenderaan.

Namun, dia mengalami kecederaan ringan iaitu lebam pada bahagian betis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Nak tengok hasil (kemalangan) itu?" katanya sambil menunjukkan kakinya yang kelihatan lebam.

Lebih melucukan, Nia berkata orang sekelilingnya hanya ketawa apabila melihat insiden tersebut, malah pembantunya berharap aksi jatuh basikal itu sempat dirakam kamera.

"Selepas saya jatuh itu, semua orang ketawa. Ada pembantu yang keluar kereta yang mengikut dari belakang bertanya... aduh ada ambil (rakaman) itu tak?" ceritanya.

SUMBER: Suara

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain