suria

Bunga Citra Lestari akui mental 'down' ketika kuarantin, lalui detik sukar berpisah dengan anak

Bunga Citra Lestari dijangkiti Covid-19 daripada penarinya.

ENAM hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestariberkongsi keadaan dirinya kini mengalami gejala jangkitan Covid-19.

Menurut Bunga, selain mengalami simptom-simptom bersifat fizikal, virus itu juga menyebabkan mentalnya terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari terkena jangkitan Covid-19 daripada penari, bukan sebab bercuti di Bali! Ini kronologinya

“Hari ini saya kongsi apa yang saya rasa, ternyata bukan sahaja gejala bersifat fizik, Covid-19 juga memuat mental saya ‘down’.

“Walaupun saya menjalani kuarantin bersama empat orang sahabat yang juga dijangkiti tapi sometime I feel very low.

Tambah balu Allahyarham Ashraf Sinclair ini, perkara paling sukar baginya adalah terpaksa berpisah dengan anaknya Noah.



Bunga menjalani kuarantin bersama empat rakannya yang turut dijangkiti.

Dia juga berasa bersalah terpaksa meminta pertolongan orang lain bagi menguruskan urusan seharian anaknya.

“Hal terberat yang aku rasakan adalah harus berpisah dengan Noah. Terpaksa menyusahkan orang lain untuk menguruskan segala urusan Noah... sama sekali tidak mudah buat saya. Syukur keluarga saya banyak membantu, ” ujarnya.

Hal terberat yang aku rasakan adalah harus berpisah dengan Noah.

BUNGA CITRA LESTARI

PENYANYI & PELAKON

Sementara itu, penyanyi lagu Cinta Sejati ini mengakui bimbang dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

“Seringkali rasa khuatir datang... terutama ketika badan berasa drop, sesak nafas, kehilangan rasa, ditambah faktor lain yang tidak dapat saya kawal. Rasanya semakin berat.

“Aku cuma boleh berusaha untuk tetap tersenyum dan menerima, ” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia juga turut mendoakan orang lain yang dijangkiti Covid-19 untuk terus kuat melawan penyakit tersebut.

Terdahulu Bunga meluahkan rasa syukur apabila anak, ibu, bapa dan pembantu rumahnya disahkan negatif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan pada Jumaat.

Bunga dijangkiti wabak berbahaya itu selepas menjadi kontak rapat beberapa penari yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain