suria

Aksi mesra berpegangan tangan jadi tumpuan, Millie Bobby Brown kini hangat bercinta dengan anak Jon Bon Jovi

Foto Millie berpegangan tangan dengan Jake jadi tumpuan.

KEMESRAAN antara pelakon Millie Bobby Brown dengan anak kepada penyanyi Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi menimbulkan spekulasi yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto aktres berusia 17 tahun itu sedang berpegangan tangan dengan Jake Bongiovi ketika berada di New York baru-baru ini menarik perhatian ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Biarpun foto tersebut seakan-akan memberi pengesahan Milie dan Jake sedang bercinta namun sehingga kini mereka masih mengunci mulut mengenai hubungan tersebut.

Sebelum ini, gosip Millie sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jake mula diperkatakan selepas mereka kelihatan mesra ketika berada di tempat umum.

Rata-rata peminat mereka meluahkan rasa gembira melihat Millie dengan Jake dan berharap pasangan itu terus kekal bersama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain