suria

Rain jual pejabat di Cheongdam, Seoul... dapat untung RM107.8 juta

Rain menghasilkan keuntungan modal sebanyak 30 bilion Won bersamaan sekitar lebih RM107.8 juta.

PENYANYI dan pelakon Rain menjual sebuah bangunan komersial yang dibelinya 13 tahun lalu, menghasilkan keuntungan lebih 30 bilion Korean Won (KRW) bersamaan sekitar lebih RM107.8 juta.

Menurut laporan, Rain membeli bangunan itu pada tahun 2008 dengan harga 16.8 bilion KRW (RM60.9 Juta) dan kemudian dijual tahun ini dengan harga 49.5 bilion KRW (RM180.4 Juta).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara ciri-ciri menarik bangunan ini adalah berdekatan dengan Stesen Cheongdam dan daerah yang menempatkan banyak jenama mewah.

Jika dihitung secara numerik, Rain memperoleh 32.7 bilion KRW tetapi keuntungan sebenarnya akan lebih rendah daripada itu.

Ia setelah mempertimbangkan dia telah menghabiskan tujuh hingga lapan bilion KRW untuk mengubahsuai bangunan itu.- allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Rain, Jual Bangunan, Untung

Artikel Lain