suria

Elton John teruja nama ada dalam lirik lagu BTS

Selepas Butter, BTS tampil dengan single Permission To Dance.

PENYANYI lagenda British, Elton John teruja namanya dimasukkan dalam lirik lagu terbaharu kumpulan Kpop popular, BTS iaitu Permission To Dance.

Permission To Dance merupakan single Inggeris ketiga BTS yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu.

Dalam bait lirik tersebut ada menyebut 'When it all feels like it's wrong, just sing along to Elton John' yang dinyanyikan oleh ketua kumpulan BTS, RM.

Mengetahui namanya digunakan, Elton, 74, kemudiannya memuat naik satu status di Twitter menunjukkkan respons positif terhadap penghargaan yang ditunjukkan kumpulan itu kepada dirinya.

"When it all seems like it's right, I sing along to @bts_bighit #PermissionToDance, " tulisnya sekali gus turut mempromosikan single terbaharu BTS.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Permission To Dance merupakan lagu kedua ciptaan penyanyi dan komposer Ed Sheeran untuk BTS.

Sebelum ini, Ed pernah mencipta lagu Make It Right untuk BTS yang diterbitkan dua tahun lalu.

Selain Elton, BTS juga pernah menggunakan nama penyanyi popular Usher menerusi single Butter yang dilancarkan pada Mei lalu.

Usher turut sama teruja dengan penghargaan tersebut malah sempat memuat naik sebuah video TikTok menyatakan sokongannya terhadap BTS.

BTS yang ditubuhkan pada 2013 dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. - NME

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain