suria

Ayu Ting Ting tertekan sering dikecam, tak tahu apa kesalahan hingga terlalu dibenci netizen

Ayu Ting Ting akui tertekan berdepan dengan kontroversi.

PELAKON dan penyanyi Ayu Ting Ting mengakui dia berasa tertekan berikutan berdepan dengan kontroversi sehingga netizen mewujudkan patisyen untuk memboikotnya.

Memetik laporan Liputan6, Ayu berkata dia tidak mengetahui apa kesilapannya sehingga dibenci sampai begitu sekali.

Hanya mahu mencari rezeki demi menampung keluarga, Ayu memberitahu dia tidak pernah menyakiti atau menganggu kehidupan orang lain.

"Beberapa hari lalu, saya rasa tertekan... ada saja masalah dalam keadaan sekarang. Ada yang buat patisyen la, boikot la. Saya rasa keliru.

"Kadang-kadang saya rasa sedihnya... ya Allah, apa salah saya? Saya cari duit untuk keluarga. saya tak pernah kacau hidup orang.

"Bila dalam TV pun saya tak pernah sakiti orang. Tak pernah bergaul. Kawan saya boleh dikira berapa saja," kata Ayu.

Pada Julai lalu, ibu bapa kepada Ayu iaitu Umi Kalsum dan Abdul Rozak mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang telah mencemarkan nama baik anak mereka.

Susulan beberapa isu melibatkan Ayu satu patisyen diwujudkan bagi menggesa penyanyi dangdut itu diboikot daripada muncul di kaca televisyen.

Kempen memboikot itu merujuk kepada sebuah video klip memperlihatkan Ayu pernah menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program TV Brownis pada tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain