suria

Maia Estianty tak sanggup bermadu, lebih rela hidup sendirian - “Saya tidak tolak poligami, tapi mengapa kena begitu?”

Maia akui dia tidak rela untuk hidup dalam poligami.

PENYANYI Maia Estianty berkongsi pendapatnya mengenai poligami yang pada hakikatnya dibenarkan dalam Islam.

Memetik laporan Liputan6, Maia bagaimanapun berkata dia tidak sanggup menjalani kehidupan berpoligami sekiranya diberi pilihan.

Menurut bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Dhani ini, dia lebih rela hidup sendirian daripada bermadu.

"Saya tidak menolak poligami kerana dalam Islam pun dibenarkan. Tapi kalau diminta pilih poligami atau tidak, sudah tentu saya jawab tidak.

"Kenapa saya nak kena buat begitu (poligami)? Lebih baik saya sendirian daripada jalani kehidupan berpoligami," kata Maia.

Untuk rekod, Maia mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Dhani pada 1996 namun mereka berpisah pada 2008.

Maia mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Qodir Jaelani, Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain