suria

Pelakon Bollywood Sidharth Shukla meninggal dunia kerana serangan jantung… Salman Khan sedih hilang sahabat

Salman Khan turut berduka mendengar berita kematian Sidhart pada pagi Khamis.

DUNIA hiburan Bollywood berduka apabila pelakon terkenal Sidharth Shukla menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.

Portal Times Of India melaporkan Sidharth meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Sebelum dikejarkan ke hospital, bintang filem Humpty Sharma Ki Dulhania ini sempat mengambil ubat dan tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Pengarah Hospital Cooper, aktor ini sudah tidak bernyawa ketika tiba di pusat perubatan berkenaan.

Mayat mendiang di bawa ke kediamannya untuk upacara pengebumian pada pagi Jumaat.

Salman Khan turut berduka mendengar berita kematian Sidhart pada pagi Khamis.Salman terkejut dengar berita pemergian sahabatnya itu.

Berita kematian Sidharth benar-benar mengejutkan peminat dan rakan-rakan artis.

Salah seorang yang turut menuliskan ucapan takziah ialah pelakon Salman Khan.

"Pergi terlalu cepat Siddharth... kamu akan dirindukan, turut berduka cita buat keluarga. Semoga tenang di sana," katanya menerusi laman Twitter.

Sidharth memulakan kerjaya sebagai model sebelum menceburi bidang filem dan TV.

Dia juga diberi kepercayaan mengendalikan program India's Got Talent dan pernah menyertai program realiti Bigg Boss 13 dan Fear Factor.

Pada 2014, Siddharth membuat penampilan sulung dalam arena filem Bollywood menerusi Humpty Sharma Ki Dulhania arahan pengarah terkenal, Karan Johar.z

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain