suria

Pelakon 'Squid Game' Park Hae Soo timang cahaya mata pertama

Park Hae Soo baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki sulung.

BUKAN sahaja gembira drama siri lakonannya berjudul Squid Game mendapat sambutan malah kegembiraan pelakon Park Hae Soo bertambah dengan kehadiran bayi sulungnya.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan BH Entertainment mengesahkan pelakon yang memegang watak sebagai Cho Sang Woo itu sudah bergelar bapa pada Rabu.

Menurut agensi itu lagi, isteri kepada Park Hae Soo selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan kedua-duanya dalam keadaan baik.

"Park Hae Soo dan isterinya baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki. Ibu dan bayi dalam keadaan sihat," katanya.

Park Hae Soo mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti pada 2019 selepas setahun bercinta.

Untuk rekod, Park Hae Soo sebelum ini dikenali menerusi drama siri Prison Playbook, Time To Hunt dan Quantum Physics.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain