suria

Aurel kerap berkepit dengan Krisdayanti sejak hamil, Ashanty tak rasa cemburu

Ashanty akui gembira melihat Aurel bersama Krisdayanti.

SEJAK mendedahkan kehamilannya kepada umum, penyanyi Aurel Hermansyah dilihat sentiasa berada di samping ibu kandungnya iaitu Krisdayanti.

Namun apa yang menjadi pertanyaan, apakah reaksi Ashanty melihat keadaan itu kerana seperti yang diketahui sebelum bernikah, Aurel berada di bawah jagaannya dan suami, Anang Hermansyah.

"Saya senang hati sahaja melihat mereka seperti itu. Lagi pun mereka ada berkolaborasi dalam nyanyian, sebab itu perlu sentiasa ada bersama," katanya menerusi program temu bual Youtube KH Infotainment memetik laporan Liputan6.

Pada masa sama, Ashanty berkata, sejak mendirikan rumahtangga bersama Anang, Aurel jarang bertemu ibunya namun itu tidak bermakna hubungan mereka renggang seperti mana yang disangka orang ramai.

240628458_354128963025293_81486421618910389_nWalaupun jarang bertemu, hubungan antara Aurel dengan Krisdayanti tidak pernah renggang.

"Aurel sudah bernikah dan tidak lagi tinggal bersama kami, jadi mungkin lebih mudah untuk dia bertemu ibunya.

"Mereka berdua sejak dahulu memang rapat tak pernah renggang. Ketika ibunya ada konsert di Malaysia, Aurel juga ada datang beri sokongan," katanya.

Ashanty juga turut mendedahkan, sejak berbadan dua anak tirinya itu berlelakuan lebih manja.

"Dia sekarang sangat manja dan terpaksa dituruti suaminya. Saya ada beri nasihat sebab suaminya juga ada banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Saya sendiri setiap hari akan hubungi dia untuk tahu keadaannya. Yang paling penting saya selalu ingatkan supaya tidak perlu berdiet dan makan makanan yang sihat untuk kebaikan dia dan kandungannya," katanya.

Aurel mendirikan rumah tangga dengan selebriti Atta Halilintar pada 3 April dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ashanty, Anang, Aurel, Krisdayanti,

Artikel Lain