suria

Isteri Raffi Ahmad pilih bersalin secara pembedahan, sedang ‘survey’ tarikh cantik

Raffi memberitahu isterinya memilih untuk melahirkan anak kedua mereka pada November.

USIA kehamilan isteri kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina kini sudah memasuki trimester ketiga dan pasangan itu dikatakan tidak sabar untuk menyambut cahaya mata kedua mereka itu.

Memetik laporan Liputan 6, Raffi memberitahu isterinya memilih untuk melahirkan zuriat kedua mereka secara pembedahan seperti kelahiran anak pertama.

"Dia mahu melahirkan secara pembedahan," kata Raffi menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Rans Entertainment.

Raffi memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan isterinya asalkan proses kelahiran itu berjalan dengan selamat.

"Saya sendiri tidak faham kenapa dia mahu seperti itu, tapi tak mengapalah kerana yang terpenting anak dan ibunya selamat dan sihat," katanya.

Raffi bersama isteri dan anak pertamanya, Rafathar.

Pada masa sama, Raffi turut memberitahu buat masa ini dia dan isterinya sedang membuat persiapan dan memilih tarikh yang sesuai untuk isterinya melahirkan bayi mereka.

"Adik Rafathar akan lahir dua bulan sahaja lagi. Doktor jangka waktu melahirkan akhir November atau awal Disember.

"Tapi Nagita memilih untuk lahirkan bayi pada November, jadi kami sedang pilih tarikhnya," katanya.

April lalu, Raffi mengumumkan bahawa isterinya hamil anak kedua selepas enam tahun menanti.

Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka sudah dikurniakan putera pertama bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain