suria

Raih populariti luar biasa, Lee Jung Jae akhirnya buka akaun Instagram... belum sehari sudah dapat 400,000 ‘follower’

Lee Jung Jae teruja dapat berinteraksi dengan peminat di Iaman Instagram.

PELAKON Squid Game Lee Jung Jae mengambil keputusan membuka akaun Instagram peribadi selepas meraih populariti luar biasa menerusi siri drama tersebut di Netflix.

Menerusi perkongsian posting pertama sembilan jam lalu, dia meluahkan rasa teruja dapat berinteraksi dengan peminat.

"Adakah ini... bagaimana hasilnya...? #LeeJungJae #Squid Game," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Akaun yang baru sehari dibuka itu sudah mempunyai 400,000 pengikut selepas sembilan jam memuat naik foto pertamanya.

Sebelum ini, Lee Jung Jae hanya berkomunikasi dengan peminat secara eksklusif melalui agensi mereka.

Walaupun begitu, pelakon veteran lain yang turut sama dalam drama tersebut seperti Gong Yoo masih belum mempunyai akaun Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain