suria

Tuntutan Scarlet Johansson terhadap Disney berkaitan filem Black Widow selesai 

Scarlett Johanssen telah mencapai kata sepakat dengan Disney.

KONTROVERSI antara pelakon Scarlett Johansson dengan Disney berhubung filem Black Widow kini selesai apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, Scarlett tidak menyatakan perjanjian dipersetujui berhubung tuntutan berjumlah RM208 juta terhadap Disney apabila didakwa menjadi punca kutipan filem itu di pawagam terjejas.

"Saya sangat gembira sebab konflik yang berlaku dengan Disney sudah selesai," kata Scarlett.

Tambah Scarlett, dia telah bertahun-tahun telah bekerjasama dengan Disney dan akan terus menjaga hubungan baik dengan pihak tersebut.

"Saya sangat bangga dengan kerjasama dengan mereka selama bertahun-tahun, dan sangat menikmati hubungan kreatif ini.

"Kami akan terus bekerjasama lagi pada masa akan datang," katanya.

Sebelum ini, Scarlett berasa kesal apabila Disney menayangkan filem Black Widow di platform mereka serentak dengan penayangan filem itu di pawagam sehingga menjejaskan kutipan filem berkenaan

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain