PENYANYI dangdut Indonesia, Lucinta Luna mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan imej lebih maskulin dalam sesi temubual di laman YouTube Boy William, baru-baru ini. Penampilan Lucinta atau nama sebenar Muhammad Fatah dengan mengenakan pakaian lelaki cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini yang diketahui feminin dan anggun. Dalam program itu, Lucinta meluahkan isi hatinya sepanjang tiga tahun menjadi seorang transgender di negara republik itu. ARTIKEL BERKAITAN: Adakah amalan orang tukar jantina diterima? Allah itu maha pengasih asalkan setiap pendosa bertaubat Lucinta berkata dia menyesal menukar jantina dan mengakui diselubungi rasa takut sepanjang tiga tahun menjadi ‘wanita’. "Saya tak happy (jadi Lucinta Luna). Saya jadi takut, takut dengan dosa. Lucinta ditemubual oleh Boy William. "Bahkan selepas (jadi perempuan secara fizikal), saya bangun tidur dan melihat bahagian badan... rasa macam kenapa berbeza. Dulu masa saya masih kecil bentuknya tidak begini. "Ya Allah, boleh tak saya balik lagi begitu?" ceritanya. Lucinta Luna (kanan sekali) pernah berduet dalam lagu bersama Aliff Syukri dan Sajat. Sementara itu, Lucinta yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini mengakui sudah puas meraih populariti atas tindakannya sebelum ini. Dia juga mengakui sudah penat berdepan dengan pelbagai kontroversi sepanjang tiga tahun membawa nama Lucinta Luna. TONTON VIDEO PENGAKUAN LUCINTA LUNA INI! "Ya istilahnya sudah cukup la ya selama tiga tahun ini, dari tahun 2018 sudah cukup dapat untung dari situ. "Ya saya percaya satu hari nanti pasti kembali (kontroversi) lagi, tapi saya penat sahaja. Terima kasih kerana mendengar cerita saya," ujarnya. Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam. SUMBER: Tabloid Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!