suria

Perang dua keluarga berakhir, kembali bersatu semula… anak Krisdayanti, Anang syukur doa termakbul

Keluarga Anang dan Krisdayanti kini bersatu.

ANAK kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang Hermansyah iaitu Azriel meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menyatukan dua keluarga yang terpisah akhirnya tercapai.

Menurut laporan Liputan6, dua keluarga iaitu Anang dan isteri Ashanty bersama Krisdayanti dan Raul Lemos dapat berkumpul dengan anak-anak dalam satu majlis, baru-baru ini.

Momen indah yang sudah lama tidak dirasai itu dirakam oleh Azriel dan dikongsi menerusi laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Krisdayanti berantakan gara-gara satu masalah, Ashanty akui rindu nak ‘curhat’

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel dan Azriel jawab mengapa tidak mahu tinggal bersama ibu kandung Krisdayanti

"Doaku termakbul... kumpul bersama keluarga," tulis Azriel.

Umum mengetahui hubungan Anang dan bekas isteri iaitu Krisdayanti sebelum ini pernah renggang sejak beberapa tahun lalu, namun kini kembali harmoni.

Dalam pada itu, Azriel berharap agar hubungan keluarga ibu dan ayahnya akan kekal terpelihara dan berjalan baik selama-lamanya.

"Semoga ini bukan yang terakhir... tetap saling mendoakan dan menjaga antara satu sama lain. Amin," katanya.

Aurel (tengah) bergambar bersama ibu kandungnya, Krisdayanti (kanan) dan ibu tiri Ashanty.

Aurel (tengah) bergambar bersama ibu kandungnya, Krisdayanti (kanan) dan ibu tiri Ashanty.

Bukan sahaja anak-anak, malah Ashanty juga turut gembira dengan hubungan yang kembali terjalin itu.

Dia turut memberitahu merancang untuk bercuti bersama dalam masa terdekat.

Untuk rekod, penyanyi lagu Mencintaimu ini berkahwin dengan Anang Hermansyah pada tahun 1996, namun ikatan itu berakhir pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata termasuklah Aurel Hermansyah yang juga merupakan isteri Atta Halilintar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain