suria

Anak Shah Rukh Khan boleh sambut Deepavali bersama keluarga, Aryan akhirnya bebas dengan ikat jamin

Permohonan ikat jamin Aryan kali kedua diterima Mahkamah Tinggi Mumbai.

SELEPAS 25 hari tidur di dalam penjara, akhirnya anak kepada pelakon Shah Rukh Khan dibebaskan selepas permohanan ikat jamin terhadap Aryan Khan diterima Mahkamah Tinggi Mumbai pada petang Khamis.

Memetik laporan The Indian Express, peminat anak lelaki aktor terkenal itu bersorok gembira selepas mengetahui berita tersebut.

Malah, peminat juga berkumpul di hadapan rumah Shah Rukh Khan selama beberapa jam sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, permohonan ikat jamin Aryan buat kali kedua dan rayuan jaminan telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.

Perkembangan terbaharu ini sudah pasti menggembirakan keluarga Shah Rukh Khan ketika perayaan Deepavali bakal diraikan tidak lama lagi.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain