BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan meminta kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menyediakan makanan dari rumah untuk anaknya Aryan Khan yang tidak berselera dengan makanan di penjara. Bagaimanapun, pegawai penjara berkata, pihak mereka perlu mendapatkan kebenaran itu daripada mahkamah terlebih dahulu berkaitan permintaan aktor itu. Shah Rukh Khan bertemu dengan Aryan Khan yang kini ditahan di penjara Arthur Road pada pagi Khamis lalu selama kira-kira 15 hingga 20 minit. Tiada layanan istimewa diberikan kepada aktor tersebut dan kad pengenalannya juga diperiksa sebelum memasuki premis seperti mana yang dilakukan oleh ahli keluarga banduan bawah perbicaraan yang lain. Aryan, 23, berada di penjara sejak 3 Oktober lalu berhubung kes dadah. Dia ditahan bersama tujuh yang lain apabila Biro Kawalan Narkotik (NCB) menumpaskan parti dadah di atas kapal persiaran menuju Goa di luar Mumbai. Mahkamah khas di Mumbai pada Rabu enggan memberikan jaminan kepada Aryan dan dua yang lain berhubung rampasan dadah terlarang. Shah Rukh Khan dan keluarganya bercadang untuk tidak meraikan hari ulang tahunnya dan sambutan Deepavali tahun ini. Menurut Shah Rukh Khan kemungkinan Aryan Khan mungkin tidak dibenarkan ikat jamin untuk waktu sekarang. - News18.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!