suria

Hati netizen masih terluka... Baim Wong terus dibayangi kisah hitam marah warga emas

Baim terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan terus menjadi mangsa kecaman netizen.

NAMA selebriti Baim Wong menjadi perbualan hangat di media sosial sekitar Oktober lalu berikutan kontroversi memarahi warga emas.

Memetik laporan Liputan6, biarpun isu tersebut sudah lama selesai namun pandangan segelintir masyarakat terhadap Baim Wong tetap negatif.

Malah segelintir netizen juga menganggap Baim Wong sengaja menjual isu kesedihan demi kandungan di saluran YouTube miliknya.

Baim menerusi video di YouTube mengakui sedih apabila dituduh mahu meraih simpati dengan berkongsi rakaman memberi bantuan kepada golongan miskin.

"Saya rasa kecewa dan kesal apabila dituduh sengaja menjadikan kesedihan sebagai content untuk YouTube. Banyak yang orang tak tahu.

"Kalau saya cerita apa yang saya lakukan, mesti saya kalah. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Allah. Tak penting untuk orang tahu," katanya.

Sebelum ini, Baim dikecam gara-gara memarahi warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud namun isu tersebut sudah selesai selepas dia membuat permohonan maaf.

Susulan tindakannya itu juga, Baim Wong hilang 300,000 subscribers dan terkeluar daripada senarai Top 5 paling ramai pengikut di YouTube.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain