ANAK kedua kepada aktor terkenal Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan kembali aktif di Instagram selepas mengambil keputusan berehat berikutan kontroversi abangnya, Aryan Khan. Memetik laporan The Indian Times, Suhana akhirnya memuat naik foto bersama rakannya di New York selepas sehari Aryan dibebaskan dengan ikat jamin. Malah, Suhana turut berkongsi foto momen indah dia dan Aryan ketika mereka masih kecil bersama Shah Rukh Khan bagi meraikan kepulangan abangnya itu. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Macam pesta Deepavali depan rumah, peminat Shah Rukh Khan bersorak dengan paluan gendang sambut kepulangan ‘prince’ Aryan Khan “I love you (saya sayang awak),” tulis Suhana menerusi kapsyen di perkongsian tersebut. Untuk rekod, Suhana kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman di New York dan dijangka akan tiba di Mumbai tidak lama lagi untuk bertemu dengan Aryan. Foto lama yang dikongsikan Suhana di Instagram. Sebelum ini, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah. Menurut laporan, dua rakannya yang turut ditahan merupakan pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha. Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan. Selepas 28 hari ditahan, Aryan diikat jamin dan dibebaskan pada 30 Oktober, kira-kira pukul 11.02 pagi dan dilihat beredar menaiki kereta pengawal peribadi SRK dari Athur Road Prison terus menuju ke Mannat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!