PASTINYA sambutan ulang tahun ke-56 bintang Bollywood Shah Rukh Khan pada Selasa diraikan dalam suasana berbeza apabila anaknya Aryan Khan baru sahaja diikat jamin kes dadah. Pembebasan anaknya hampir sebulan ditahan di penjara menjadi perkara paling diraikan seisi keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Adik Aryan Khan buat ‘come back’ di Instagram selepas abang keluar penjara, Suhana Khan kongsi foto lama hitam putih Seperti setiap tahun, peminat pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini mula berkumpul di luar kediamannya di Mumbai bagi menunjukkan kasih sayang mereka. Menurut laporan media, superstar ini meminta rakan-rakannya untuk tidak mengunjungi rumahnya pada hari jadinya bagi memberi ruang kepada Aryan. Sementara itu, dia juga dilaporkan belum membuat keputusan untuk meraikan hari jadinya di kediamannya di Mumbai atau di rumah percutiannya di Alibaug. Setiap tahun, bintang terkenal itu akan bertemu peminat yang berkumpul di kediamannya dengan muncul di bahagian atas rumah untuk menyatakan rasa terima kasih kepada mereka. Dalam perkembangan lain, Shah Rukh Khan akan tampil dalam filem Pathan bersama Siddharth Anand bersama Deepika Padukone dan John Abraham. - Time Of India Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI