KENYATAAN pelakon Han So Hee mengenai babak intim dalam drama terbaharunya berjudul My Name di siaran Netflix mengundang perbualan hangat di laman sosial apabila ditafsirkan sebagai tidak dipersetujui pelakon itu. Han So Hee dalam satu temu bual memberitahu adegan intim bersama pelakon Ahn Bo Hyun di dalam siri tersebut memberitahu dia hanya diketahui semasa penggambaran itu dilakukan. “Saya mengetahui mengenai adegan itu semasa penggambaran sedang berlangsung,” “Pada mulanya, saya terfikir adakah ini okay? saya sangka ini mungkin mengalihkan fokus keseluruhan cerita dan mungkin mengganggu Ji Woo (watak utama dalam My Name) untuk mencapai matlamatnya. “Namun, selepas berbincang dengan penulis dan pengarah, saya beranggapan adegan itu bagi menunjukkan sisi manusia karakter Ji Woo,” katanya dalam temu buat tersebut. Sementara itu, syarikat pengurusan aktres berkenaan iaitu 9ato Entertainment menjelaskan kenyataan tersebut telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. “Kami ingin menjelaskan salah faham berikutan komen Han So Hee di temu bual pada 20 October lalu yang memberi tanggapan penggambaran adegan intim siri My Name tidak dipersetujui Han So Hee. “Komen So Hee telah mengundang salah faham kepada penonton dan kami ingin menjelaskan proses belakang tabir bagi membetulkan keadaan. Park Hee Soon (kanan), Han So Hee (tengah), dan Ahn Bo-Hyun (kiri) antara barisan pelakon siri Netflix My Name. “Babak adegan itu telah dibincangkan semasa peringkat pre-production lagi dan mereka telah menjelaskan bahawa ada kemungkinan untuk merakamkan adegan di bilik untuk menunjukkan perubahan emosi Ji Woo (Han So Hee). “Skrip masih belum lagi disiapkan kerana kami mengambil keputusan untuk meneruskan adegan tersebut bergantung kepada emosi watak semasa penggambaran. “Kami kemudian berbincang bahawa adegan itu dapat menunjukkan sisi kemanusiaan Ji Woo dan berkait dengan emosi watak dalam babak-babak yang lain dan akhirnya dipersetujui oleh pelakon dan pihak produksi. “Jadi ini menjelaskan komen Han So Hee membawa maksud keputusan muktamad adegan intim tersebut dilakukan semasa penggambaran selepas perbincangan yang teliti” ujar kenyataan tersebut. 9ato Entertainment juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang menjejaskan tayangan drama berkenaan. My Name mengisahkan seorang wanita bernama Yoo Ji Woo (Han So Hee) yang menyertai kumpulan penjenayah terancang dan diarahkan untuk menyamar sebagai anggota polis. Drama ini turut dibintangi Ahn Bo-Hyun, Lee Hak-Joo, dan Park Hee-Soon. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI