VIDEO memperlihatkan pelakon Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie makan bersama anak-anaknya di sebuah restoran mewah menjadi tular di media sosial. Netizen mempersoalkan perkara itu berikutan kedua-dua mereka sepatutnya tidak boleh keluar kerana menjalani proses pemulihan di pusat pemulihan dadah Fan Campus.ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani dan suami dihantar ke pusat pemulihan dadah Bagaimanapun, polis dalam satu kenyataan seperti dipetik Liputan 6 menjelaskan video tular itu merupakan video lama pasangan tersebut sebelum ditahan kerana kes dadah. View this post on Instagram A post shared by Gosip Viral (@gosip_terviral) "Kami sudah periksa mereka masih direhabilitasi dan itu seperti video lama" ujarnya. Sebelumnya, video berdurasi kurang satu minit viral di media sosial memperlihatkan Nia dan Ardi Bakrie serta anak-anak mereka berada di sebuah restoran. "Alhamdulillah lengkap," tulisnya dalam video tersebut. Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan status hukuman Nia dan suaminya. "Tidak adil. Artis kalau terkait dadah cepat sahaja bebas, kalau rakyat biasa sampai bertahun-tahun. "Tidak ada berita di TV tahu-tahu sahaja sudah keluar," ujar netizen. Tambahnya, pasangan itu masih menjalani hukuman di pusat pemulihan dan tidak dibenarkan keluar bebas. Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu. Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai dadah jenis syabu dengan berat 0.78 gram. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI