suria

Pernah rujuk selepas buat ujian DNA terhadap anak, penyanyi dangdut sekali lagi ceraikan isteri... Ini pula alasannya

Rizki pernah bercerai dengan Nadya selepas ragu dengan status anaknya.

KEMELUT rumah tangga penyanyi dangdut Indonesia, Rizki DA menjadi perbincangan netizen kerana kembali menceraikan isterinya Nadya Mustika hanya selepas lapan bulan membuat keputusan kembali rujuk.

Rizki membuat permohonan cerai kali kedua kepada Nadya pada 23 November lalu di Mahkamah Agama Bandung dan sebutan pertama dilakukan pada 2 Disember lalu.

Hakim Mahkamah Agama Bandung, Mustofa berkata, pasangan itu memberi alasan sudah tiada persefahaman antara satu sama lain.

"Itu paling utama, tapi secara terperinci nanti diberitahu dalam perbicaraan," katanya seperti dipetik Kapan Lagi.

RIZKI2

Pasangan ini berkahwin pada 17 Julai 2020.

Rizki DA dan Nadya Mustika telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 namun tidak lama selepas itu Rizki membuat keputusan untuk bercerai kerana meragui kehamilan isterinya yang dikatakan tidak selari dengan tarikh pernikahan mereka.

Pada April 2021 iaitu selepas Nadya selamat melahirkan bayi lelaki yang kini berusia sembilan bulan, Rizki nekad membuat ujian DNA dan keputusan tersebut membuktikan Baihaqqi Syakki Ramadhan adalah anak kandungnya.

Tidak lama kemudian, Rizki dan Nadya kembali rujuk dalam sebuah majlis kecil-kecilan pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu.

Rizki sekali lagi membuat permohonan cerai pada 23 November 2021 di Mahkamah Agama Bandung.

Perceraian kali kedua ini pasti membuatkan netizen terkejut kerana kedua-dua mereka sentiasa mempamerkan kebahagiaan dan romantis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain