suria

Terima gelaran 'The Fashion Icon', Kim Kardashian anggap Kanye West sumber inspirasi

Kim Kardashian berterima kasih kepada Kanye West yang membawa dia ke bidang fashion.

KETIKA mendapat gelaran sebagai The Fashion Icon, Kim Kardashian mengucapkan terima kasih bekas suaminya Kanye West yang banyak mengubah dirinya dari segi gaya.

Memetik laporan Pagesix, Kim K berkata penyanyi rap Kanye West banyak memberi pengaruh positif kepada dirinya dan akui bekas suami adalah sumber inspirasinya.

"Terima kasih kepada Kanye kerana telah memperkenalkan saya kepada dunia fashion.

"Saya rasa hubungan saya dengan Kanye mengubah segalanya. Dia sumber inspirasi saya dalam fesyen.

"Dulu, saya rasa fesyen yang saya gayakan adalah yang paling terbaik. Namun selepas saya menoleh kembali ke belakang saya jadi malu," katanya.

Walaupun telah bercerai namun Kim K dan Kanye West atau kini mahu dikenali sebagai Ye masih mempunyai hubungan yang baik.

Kim Kardashian, 40, dan Kanye West, 43, bercerai pada Februari lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) selepas kemelut rumah tangga yang berlaku antara mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain