suria

Katrina Kaif, Vicky Kaushal disatukan dalam majlis mewah, cincin kahwin bernilai RM41,000 jadi tumpuan

Katrina dan Vicky Kaushal selamat bergelar suami isteri.

PELAKON Bollywood, Vicky Kaushal dan Katrina Kaif bergelar suami isteri pada Khamis dalam upacara pernikahan tertutup di sebuah hotel mewah di Sawai Madhopur, Rajasthan.

Pasangan itu juga berkongsi foto pertama sebagai suami isteri di media sosial dengan kapsyen meminta peminat mendoakan kebahagiaan mahligai yang dibina itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan hati Oki Setiana Dewi... Menangis lihat Ria Ricis dah berubah selepas berkahwin dengan Teuku Ryan

“Hanya cinta dan rasa terima kasih untuk segala-galanya yang membawa kami ke saat ini.

"Kami menerima kasih sayang dan berkat anda untuk kami memulakan perjalanan baharu ini bersama-sama," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan Katrina, 38, dan Vicky, 33, kelihatan menawan dalam pakaian sari pengantin.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah cincin kahwin berlian yang dipakai aktres itu.

Cincin platinum biru berbentuk segi empat dengan menampilkan deretan berlian bulat daripada Tiffany Soleste bernilai Rs 7,41,000 atau kira-kira RM41,341.

Sementara itu, pengantin lelaki pula dilihat menyarungkan cincin yang serupa versi lelaki dengan nilai anggaran RM7,171.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain