suria

Bapa pelakon dikecam tabur bunga di Tol Jambang, lokasi kemalangan anak

Tindakan bapa arwah Vanessa Angel dikecam netizen.

BAPA pelakon Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Sudrajat kembali meraih perhatian dan dikritik netizen apabila melakukan aksi tabur bunga di lokasi kemalangan anaknya, Tol Jombang.

Menerusi Instastory, Doddy Sudrajat kelihatan berada di pembahagi jalan tol bersama bunga yang bakal ditabur.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani minta RM15,000 untuk dedah mesej peribadi dengan arwah Vanessa Angel dua bulan sebelum meninggal dunia

"Alfatihah anaku Vanessa Adzania. Husnul khotimah nak. Daddy sangat sayang sama kakak tetapi Allah lebih sangat menyayangi kakak," tulis Doddy Sudrajat.

Doddy bersama lebih lima orang berada di lokasi kemalangan yang mengorbankan Vanessa dan suami.

Kereta mereka diparkir di bahu jalan tol iaitu di sisi kiri jalan Ngajuk- Surabaya.

Bagaimanapun, tindakan berbahaya itu ditegur Ketua Badan Pengatur Jalan Tol, Danang Perikesit yang memberitahu pengguna jalan raya dilarang sama sekali berhenti di kawasan itu.

"Bagi kegiatan di bahu jalan perlu mendapatkan izin dahulu supaya lalu lintas tidak terganggu," ujarnya seperti dipetik Detik.com.

Tambahnya, hanya kenderaan yang bermasalah dan rosak sahaja yang dibenarkan menggunakan bahu jalan kerana sangat bahaya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan - DETIK.COM

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain