suria

Bukan kaleng-kaleng! Raffi Ahmad bina zoo seluas 2.6 hektar, hadiah untuk anak kedua

Raffi Ahmad bina zoo untuk anak kedua.

BAHAGIA meraikan kehadiran cahaya mata kedua pada 26 November lalu, pelakon Raffi Ahmad menghadiahkan anak lelakinya itu sebuah zoo.

Menurut laporan Tabloid, Raffi membina sebuah taman haiwan di atas tanah berkeluasan 2.6 hektar yang didedikasikan khas untuk anaknya, Rayyanza Malik Ahmad.

Upacara pecah tanah dilakukan pada Jumaat lalu dan zoo berkenaan diberi nama Rans Carnival City Zoo yang terletak di Pantai Indah Kapuk 2.

Mengikut perancangan, Raffi mahu zoo tersebut mula beroperasi menjelang lebaran tahun depan.

raffi 2

Acara pecah tanah dilakukan pada Jumaat lalu.

"Idea ini muncul selepas Nagita melahirkan Rayyanza, timbul semangat untuk ada satu tempat yang keluarga boleh berkumpul dan berseronok di kawasan terbuka.

"Jadi terhasillah zoo ini, saya anggap ia sebagai hadiah untuk Rayyanza. Mudah-mudahan mereka juga akan membesar dengan kasih sayang dan simpati kepada haiwan yang juga merupakan makhluk Allah.

"Zoo ini juga akan dibuka untuk orang ramai terutama keluarga yang mahu meluangkan masa bersama-sama selepas beberapa tahun kita terkurung akibat Covid-19," katanya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain