suria

Kim Kyung Nam didakwa buat bising berborak sampai pagi, jiran buat aduan rasa terganggu

Agensi maklumkan Kim Kyung Nam sudah mohon maaf dengan jiran.

BARU-BARU ini seorang netizen memuat naik status luahan rasa kurang senang dengan tindakan seorang jirannya yang membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni di kawasan sekitar.

Keluhan individu itu menarik perhatian ramai apabila dia turut menyebut jiran berkenaan merupakan seorang selebriti terkenal.

Gara-gara status itu, orang ramai mula mengaitkan pelakon Kim Kyung Nam berdasarkan beberapa petunjuk yang diberi.

"Macam mana aku nak hentikan gangguan bising dari jiran, iaitu seorang selebriti?”.

"Ada orang yang baru pindah ke sini tiba-tiba ajak kawannya berbual sampai ke subuh tiap-tiap hari dan bunyi bising sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Pengurus apartment kami juga pernah kunjungi rumahnya dan minta jiran itu supaya diam. Jiran yang buat bising itu kata dia tak mampu buat apa-apa. Oleh itu, pengurus minta aku mengadu kepada pihak polis.

kim 2

Jiran mengadu rumah Kim Kyung Nam bising sehingga mereka tak boleh tidur.

"Dia pernah muncul di dalam MBC I Live Alove dan pernah suatu ketika aku cuba mesejnya di dalam Instagram supaya diam tetapi tindakan itu tidak berhasil juga lalu aku segera ke rumahnya dalam jam 3.30 pagi. Dia masih syok bersembang lagi macam rasa tak bersalah. Cukuplah, aku tidak lagi tahan," tulis netizen berkenaan.

Tidak menunggu lama, agensi mengesahkan tuduhan mengaitkan nama Kim Kyung Nam itu dan memberitahu aktor itu sudah membuat permohonan maaf kepada jirannya.

"Kim Kyung Nam sudah pun berjumpa dengan jiran itu dan cuba membuat permohonan maaf kepadanya.

"Dia akan berhati-hati supaya kejadian ini tidak berulang lagi," kata wakil pengurusan.

SUMBER: KpopHit

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain