suria

Sedih tak dapat jumpa peminat, TWICE sudah lakukan yang terbaik sepanjang 2021

TWICE dianggotai oleh sembilan orang termasuk Sana.

MENGAKUI berasa sedih tidak dapat bertemu peminat, namun ahli kumpulan TWICE iaitu Sana tetap menganggap 2021 merupakan tahun mereka melakukan yang terbaik.

Sana menerusi temu bual bersama majalah Cosmopolitan Korea berkata dia dan ahli kumpulan yang lain sudah bekerja keras sejak awal tahun demi peminat.

Setiap hari melakukan rakaman dan berlatih menari, Sana bersyukur kerja keras mereka dihargai ramai peminat.

"Walaupun kami tidak dapat bertemu dengan peminat secara bersemuka, saya rasa 2021 tahun dimana kami sudah lakukan yang terbaik untuk semuanya.

"Semua ahli melakukan persiapan sepenuhnya sejak awal tahun. Sejak kami mempersiapkan album bahasa Korea, Jepun dan Inggeris.

"Kami melakukan rakaman dan berlatih menari setiap hari. Sebagai mana kami bekerja keras dalam persiapan itu, saya bersyukur ramai orang menyukainya," katanya.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain