TUNANG kepada Britney Spears iaitu Sam Asghari mendedahkan dia akan meluangkan masa sepanjang sambutan Krismas pada tahun ini dengan penyanyi itu. Memetik laporan Hollywoodlife, Sam ketika ditemui media TMZ berkata dia mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata bersama tunangnya. "Baby making," kata Sam secara berseloroh. Untuk rekod, Sam dan Britney Spears bertunang sekitar September lalu selepas hampir lima tahun menjalinkan hubungan cinta. Dalam pada itu, Sam turut memberitahu dia bakal menghadiri uji bakat untuk filem Magic Mike tidak lama lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI