PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon mendapat perhatian netizen yang bimbang dengan kesihatan aktres berkenaan. Rata-rata netizen dan rakan artis bertanya tentang keadaan kesihatan pelakon itu yang kelihatan terlalu kurus.ARTIKEL BERKAITAN: Jung Ho Yeon kini aktres wanita paling ramai pengikut IG tewaskan Lee Sung Kyung dan Song Hye Kyo Menerusi foto-foto itu, Jung Ho Yeon memakai pakaian ketika menghadiri sebuah acara hiburan di luar negara. Jung Ho Yeon akui turun berat badan. Dalam temu bual dengan Star News, Jung Ho Yeon mendedahkan dia tidak sempat makan kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja. "Berat badan saya turun terlalu banyak. Semua pakaian yang sesuai untuk saya bawa ke Amerika Syarikat sudah terlalu longgar" ujarnya. Dia juga mendedahkan berat badannya kini 49 kilogram dengan ketinggian 176 sentimeter. Dia memberitahu jadual sudah penuh sehingga Februari 2022. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI