suria

Pelakon 'Frozen' meninggal dunia akibat terjatuh, mayat ditemukan di tingkat 14 sebuah hotel

Sayaka Kanda pelakon alih suara watak Puteri Anna.

AKTRES Jepun Sayaka Kanda yang menggunakan suaranya untuk watak Anna dalam filem Frozen versi Jepun meninggal dunia selepas terjatuh dari bilik hotelnya.

Pelakon berusia 35 tahun itu ditemui di kawasan luar tingkat 14 sebuah hotel 22 tingkat pada pukul 9.40 malam, 18 Disember lalu.

Dia dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor seperti dipetik media tempatan.

Kanda mengalih suara untuk watak Puteri Anna dalam versi Jepun filem animasi Walt Disney Frozen pada tahun 2013, merupakan anak kepada pelakon Jepun Masaki Kanda, 70, dan penyanyi Seiko Matsuda, 59.
sayaka

Polis masih menyiasat punca kematian Sayaka Kanda.


Sebelum kejadian, Kanda tidak muncul pada persembahan muzikal My Fair Lady di sebuah teater di Sapporo, ibu kota pergunungan pulau Hokkaido di utara Jepun, pada petang Sabtu.

Bagaimanapun, aktres itu mengikuti latihan yang dijadualkan pada Jumaat.

Agensi Kanda menerusi satu kenyataan meluahkan rasa kesal dengan berita duka itu dan terkesan dengan apa yang berlaku.

"Kami minta maaf memaklumkan berita sedih ini kepada peminat yang menyokong kerjaya kami.

"Kami masih tidak dapat menerima pemergiannya dan sedang berusaha untuk menghadapinya" ujarnya.

Pihak polis masih menyiasat punca kematian sama ada Kanda membunuh diri atau kemalangan. - DAILY MAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain