suria

Petisyen ‘cancel’ Kdrama Snowdrop raih 200,000 tandatangan sehari, penaja mula tarik diri gara-gara tuduhan putar belit sejarah

Snowdrop cetus kontroversi.

KONTROVERSI melibatkan drama Korea, Snowdrop yang didakwa memutarbelitkan sejarah negara itu nampaknya semakin serius.

Ia apabila beberapa penaja dikatakan telah menarik diri daripada terkait dengan drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink seronok berlakon, bawa watak berbeza daripada karakter sebenar

Menurut satu kenyataan, syarikat Nut's Shake merupakan penaja pertama yang menarik diri.

"Kami menjadi sponsor projek tanpa mengetahui isinya kerana kami diberitahu bahawa drama ini akan mendapat publisiti yang baik," ujar wakil syarikat.

snowdrop-1_169

Penaja tarik diri kerana bimbang kontroversi.

Tambahnya, pihak syarikat belum memeriksa lebih terperinci tentang kontroversi itu kerana belum menonton drama berkenaan.

Pihak syarikat meminta produksi memadam nama mereka pada bahagian sponser di episod ketiga.

Langkah Nut's Shake menarik diri diikuti oleh perusahaan kuih beras Ssarijai dan Heungil Furniture.

"Selepas menonton episod pertama, kami juga fikir syarikat jadi bimbang tentang kontroversi sejarah dalam drama itu," kata wakil menerusi kenyataan rasmi mereka.

Sebelum ini drama yang dibintangi oleh Jung Hae In dan Jisoo BLACKPINK mencetuskan kontroversi apabila dituduh putar belit fakta sejarah.

Susulan itu lebih 200,000 netizen yang menandatangani petisyen gerakan pro-demokrasi Korea.

Petisyen itu bertujuan mendesak stesen televisyen menghentikan tayangan drama tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Snowdrop, Jisoo Balckpink, kdrama,

Artikel Lain