suria

Doddy Sudrajat tetap bertegas pindah kubur Vanessa Angel... Sudah tempah batu nisan baharu!

Doddy maklumkan proses pemindahan kubur akan dilakukan bulan ini juga.

MESKIPUN mendapat tentangan daripada banyak pihak, ayah kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat tetap bertegas mahu memindahkan kubur anaknya itu.

Menurut laporan Tabloid, Doddy tetap dengan perancangannya memindahkan kubur Vanessa dari Tempat Pemakaman Umum (TPU) Malaka di Ulijami ke TPU Karet Bivak, Tanah Abang dan dimakamkan dalam satu liang lahad bersama arwah ibunya.

Mahu merealisasikan impiannya itu, Doddy memaklumkan dia sudah memesan batu nisan untuk tanah perkuburan baharu Vanessa Angel itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa dapat mimpi, bapa mahu pindahkan kubur Vanessa Angel satu liang lahat bersama ibunya

"Saya mahu batu nisan seperti buku... sebelah nama ibunya, sebelah nama Vanessa. Apabila dipindahkan kuburnya nanti sudah siap batu nisannya.

"Sudah berkali-kali saya beritahu, itu sudah pasti terjadi tapi kita belum cari waktu lagi. Menurut mamanya orang Jawa, kita kena cari hari lain untuk memindahkan dan sebelum upacara itu kita harus mengaji pada malamnya, jadi nanti kita akan beritahu bila waktunya.

"Ya InsyaAllah tahun ini juga," katanya ketika ditemui media pada Selasa.

Doddy sebelum ini memaklumkan pemindahakan kubur itu bukanlah atas keinginannya sendiri, namun di atas permintaan Vanessa Angel yang didatangi dalam mimpi.

Isu memindahkan kubur ini menjadi pendebatan ramai pihak yang mana rata-ratanya mengecam tindakan dan cadangan Doddy itu.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain