NAMA pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember lalu. Selain khabar kematiannya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, Yule yang berasal dari Indonesia.. Chen mengembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial setelah bertahun-tahun melawan komplikasi daripada pelbagai penyakit. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Taiwan Godfrey Gao meninggal dunia ketika penggambaran program realiti 'Chase Me' Aktor berasal dari Taiwan ini memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad termasuk lakonannya bersama Jet Li dalam filem Hong Kong Fong Sai-yuk. Dia memenangi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul 'A City of Sadness' yang diarahkan oleh Hou Hsiao-hsien pada 1989. Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami strok pada 2006. Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Namun dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri. Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini. Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia. Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule. TAIWAN NEWS Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI