suria

Ketagih seks selepas pulih masalah alkohol, James Franco mengaku bersalah tiduri muridnya

James Franco sudah pulih daripada ketagihan alkohol dan seks.

PELAKON Hollywood James Franco mengaku meniduri pelajar kelas lakonan yang pernah dikendalikannya sebelum ini.

Dia juga mengaku bergelut dengan ketagihan seks dan berusaha memperbaiki tingkah lakunya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelakon filem Why Him? ini mengakui perkara tersebut menerusi siaran Podcast The Jess Cagle pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Selfie' James Franco Di Bilik Tidur Paling Dapat Perhatian

Franco, 43, berkata, apa yang dilakukannya itu salah, namun nafi menganjurkan kelas lakonan hanya untuk memikat wanita dengan tujuan seksual.

"Tidur dengan anak murid dan itu salah. Masa itu saya rasa jika dia bersetuju, bermakna okey"

"Saya tidak jelas tentang perkara berkenaan pada ketika itu," katanya.

Kenyataan itu adalah komen pertama selepas Franco dituduh berkelakuan tidak wajar terhadap lima wanita yang juga anak muridnya empat tahun lalu.

Kemudian, pada Oktober 2019, dua wanita memfailkan saman sivil terhadap pelakon itu dengan tuduhan mengeksploitasi murid sekolahnya dan menipu untuk merakam adegan seks eksplisit.

Franco berkata, dia mengalami ketagihan seks selepas pulih daripada ketagihan alkohol yang dialami pada usia muda.

"Ia seperti ubat yang kuat," ujarnya.

Pelakon itu bersetuju untuk membayar $2.2 juta (RM9.25 juta) bagi menyelesaikan tuntutan sivil 2019, menurut dokumen yang difailkan di mahkamah Los Angeles.

Pada wawancara itu, Franco berkata, dia telah pulih daripada ketagihan seks sejak 2016 dan berubah kepada individu yang lebih baik.

"Saya tidak mahu menyakiti orang" ujarnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

James Franco, ketagih seks,

Artikel Lain