suria

Leonardo DiCaprio terjun tasik selamatkan dua ekor anjing daripada lemas

Leornado sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan dua ekor anjing kesayangan.

PELAKON Leonardo DiCaprio terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan dua ekor anjing peliharaannya semasa penggambaran filem terbaharu Don't Look Up di Boston, Amerika Syarikat.

Pemenang Oscar berusia 47 tahun itu mengimbau kembali detik ketika dia mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan dua ekor anjing jenis Husky iaitu Jack dan Jill daripada lemas di dalam tasik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam rupa-rupanya Leonardo DiCaprio peminat BTS, mengaku salah seorang Army!

"Pada mulanya, salah seekor daripada anjing saya yang terjatuh ke dalam tasik. Kemudian seekor lagi melompat ke dalam tasik untuk menyelamatkan anjing tersebut.

"Akhirnya kedua-dua anjing saya jatuh ke dalam tasik. Saya tidak faham apa yang mereka lakukan di tasik tersebut," kata Leornado semasa segmen Entertainment Weekly's Around the Table.

Leornado seterusnya berkata dia dan dua ekor anjingnya berada di dalam air tasik yang sejuk.

Dalam pada itu, pelakon gandingannya, Jennifer Lawrence mendedahkan bahawa Leornado berbogel di dalam kereta untuk memanaskan badan setelah berjaya menyelamatkan kedua-dua anjingnya daripada lemas.

Ini bukan kali pertama Leornado berani terjun ke perairan untuk menyelamatkan nyawa.

Bintang Wolf of Wall Street itu juga pernah menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh dari kapal layar di St. Barts pada 2019. - GEO TV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain