suria

Peminat terkejut Agnez Mo tak guna dompet jenama mewah... Rupa-rupanya suka simpan duit dalam sampul surat

Agnez tunjuk hanya menggunakan sampul surat bagi mengisi wang.

UMUM mengetahui penyanyi Agnez Monica merupakan antara selebriti terkaya dan berjaya di Indonesia.

Apa sahaja yang digayakan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini pasti mencuri tumpuan netizen dan peminat.

Sehinggakan dompet yang digunakan olehnya turut menjadi perbualan peminat kerana dilihat murah dan bukan daripada jenama mewah.

Baru-baru ini semasa ditemubual oleh Indra Herlambang dalam satu program, Agnez menunjukkan cara dia menyimpan duit di dalam beg tangannya.

Rupa-rupanya Agnez hanya menyimpan duitnya di dalam sampul surat sahaja.

“Kenapa mesti kena pakai dompet yang mahal? Kenapa tak pakai dompet yang biasa saja tapi dalamnya yang...,” katanya sambil tersenyum.

Melihat dompet yang digunakan oleh Agnez untuk meletakkan wang, Indra dan penonton terkejut kerana tidak menyangka seorang selebriti kaya sepertinya hanya menggunakan sampul surat bagi mengisi duit.

Dia juga menunjukkan wang kertas yang diisi dalam sampul tersebut.

“Sesuai dengan prinsip kamu, tak penting dompetnya... yang penting isi dalamnya ya,” kata Indra.

Agnez turut memaklumkan dia akan menggantikan sampul surat itu seminggu sekali.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain