suria

Jung Ho Yeon kongsi pesanan kekasih setiap kali keluar negara, minta jaga diri pulang dengan selamat

Jung Ho Yeon dan kekasih sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

PELAKON yang semakin dikenali Jung Ho Yeon berkongsi pesanan kekasihnya yang juga aktor Lee Dong Hwi setiap kali bekerja di luar negara.

Memetik laporan Soompi, Jung Ho Yeon berkata Lee Dong Hwi sentiasa mahu dia mengutamakan kesihatan ketika sedang bekerja.

"Hmm, apa yang Oppa (panggilan manja untuk teman lelaki), cakap kepada saya? Bila saya di luar negara, dia hanya cakap 'pulang dengan selamat. Pulang dengan sihat'.

"Malah, dia kata bukan semua perkara akan berjaya dan tak apa, asalkan pulang dengan selamat dan baik. Ia membuatkan saya terharu.

"Sebab semua orang menjangkakan sesuatu daripada saya, saya perlu pastikan ia berlaku dan berjaya capai sesuatu. Bila ada jangkaan, saya hanya fokus pada itu.

"Tapi Oppa, hanya cakap tak apa jika tak ada apa yang berjaya dan asalkan jaga kesihatan," kata Jung Ho Yeon.

Jung Ho Yeon 1

Jung Ho Yeon akui kehidupannya berubah selepas membintangi siri Squid Game.

Dalam pada itu, Jung Ho Yeon yang juga seorang model memberitahu kehidupannya perubahan selepas ramai orang mengenalinya menerusi siri popular Squid Game.

"Terlalu ramai yang mengenali saya sekarang. Sebelum ini, bila saya pergi set penggambaran sebagai model, saya pergi seorang diri sahaja.

"Saya tak ada pemandu peribadi atau pengurus. Sekarang, saya bergerak sebagai pelakon, saya ada pengurus, pemandu malah pengawal keselamatan.

"Dalam hanya beberapa bulan, saya berasa perubahan. Saya selalu bergerak seorang bila ingin melancong ke luar negara dan mencari jalan sendiri ke hotel.

"Tapi kali ini, ramai yang mengenali saya di lapangan terbang, dimana saya sangat bersyukur," kata Jung Ho Yeon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain