suria

Nia Ramadhani rayu kurangkan hukuman, mohon hakim simpati nasib 3 anak kecil di rumah

Nia Ramadhani minta dikurangkan tempoh rawatan di pusat pemulihan.

LIMA bulan menjalani rawatan pemulihan dadah, pelakon Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie memohon mahkamah meringankan hukuman mereka.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah tersebut meminta dikurangkan tempoh pemulihan yang sepatutnya berlangsung selama 12 bulan.

"Saya berharap diringankan hukuman kami. Kami memohon hakim mempertimbangkan tempoh rawatan dan pemulihan yang sudah kami jalani selama lima bulan.

Ujar Nia dia sudahpun menyesal dengan segala perbuatannya dan banyak mendekatkan diri kepada Allah.

"Pelajaran daripada sudut agama membuatkan saya lebih berserah kepada Allah sebab sekarang saya yakin di sebalik semua kejadian ini ada hikmahnya," katanya seperti dilaporkan Liputan 6.

Selain itu, dia juga memberi alasan kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan kerana statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya harap tuan hakim pertimbangkan tentang tanggungjawab saya sebagai ibu kepada tiga orang anak yang kecil dan memerlukan saya serta bapanya di sisi mereka," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain