suria

Isu pengakuan nikah 24 kali, pengacara Vicky Prasetyo dihubungi pejabat agama

Vicky tidak mampu menjawab apabila dikatakan bernikah 24 kali

PENGAKUAN pelakon dan pengacara Indonesia Vicky Prasetyo tiga minggu lalu bahawa dia sudah berkahwin sebanyak 24 kali menerima kecaman hebat masyarakat.

Rata-rata menganggap pengacara itu mempermainkan agama dan meminta pejabat agama mengambil tindakan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh tak panjang! Ini 5 selebriti popular Indonesia bercerai awal tahun 2021

Betapa seriusnya isu tersebut, Vicky berkata, dia turut menerima panggilan dari seorang sahabat bekerja di pejabat agama bagi mengesahkan hal tersebut.

“Seorang sahabat saya bekerja di sana menghubungi dan bertanyakan hal tersebut. Saya katakan kepadanya, semak sahaja senarai daftar nikah.

“Itu hanya gurauan yang sudah tidak boleh diperbetulkan,” jelasnya menerusi saluran YouTube Warta Hot, pada Ahad.

Isu ini mula timbul apabila rakan pengacara Raffi Ahmad bertanya berapa kali dia sudah bernikah. Secara bergurau Vicky menjawab tiga kali dan yang tidak rasmi sebanyak 21 kali.

vicky

Hanya kerana gurauan, nama Vicky tercemar

“Saya masih muslim. Sekarang orang sudah percaya kepada cerita nikah 24 kali. Itulah risikonya terlepas cakap.

“Saya biarkan sahaja. Apa lagi boleh buat?

“Betul saya telah bernikah empat kali, yang selebih itu tidak benar, tetapi orang tetap percaya,” ujarnya. -LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain